Isnin, Disember 31

On Isnin, Disember 31, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
Berikut merupakan senarai nama penempatan pelajar ting 3 2013. Sila klik pautan dibawah untuk melihat.

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 3 2013
On Isnin, Disember 31, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   1 comment
Berikut merupakan senarai nama pelajar ting 4 2013. Sila klik pautan di bawah untuk melihat penempatan pelajar Tingkatan 4

Khamis, Julai 5

On Khamis, Julai 05, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
TARIKH: 10 JULAI 2012
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : SMK COCHRANE

Semua pelajar Sesi Petang perlu hadir ke sekolah mulai jam 7:20 pagi hingga 1:10 petang bagi menjayakan program pada hari tersebut


Sila klik pautan dibawah untuk memuat turun surat edaran kepada ibu bapa / penjaga

Selasa, Jun 26

On Selasa, Jun 26, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
TARIKH : 2 JULAI 2012 ( Isnin)

Adalah dimaklumkan SMK COCHRANE mengambil cuti peristiwa sempena HARI KEUSAHAWANAN seperti tarikh di atas.
On Selasa, Jun 26, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
TARIKH : 28 JULAI 2012 ( Khamis)
MASA : SESI PAGI :- 8:30 pg - 1:30 ptg
SESI PETANG : 2:00 - 6:00 ptg
TEMPAT : BILIK DARJAH ( Guru Tingkatan)
BILIK MESYUARAT ( Guru Matapelajaran)

SEMUA IBUBAPA / PENJAGA DIJEMPUT HADIR
On Selasa, Jun 26, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
TARIKH: 30 Jun 2012
MASA: 8:00pg - 2:00ptg
TEMPAT : Perkarangan SMK Cochrane
ANJURAN : PIBG

"SEMUA DIJEMPUT HADIR"
"JOM MERIAHKANNYA SAMBIL MENDERMA"

Khamis, Mei 10

On Khamis, Mei 10, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments





Isnin, April 30

On Isnin, April 30, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments

Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang telah dilancarkan di SMK Cochrane pada 30 April 2012. Program yang bertemakan Guru Sayang Murid, Murid Sayang Guru bertujuan menyuburkan sifat kasih sayang antara guru dan murid. Program ini telah dirasmikan oleh EN. MOHD FAUZAN BIN AMRAN, Penolong Pengarah Disiplin, JPNWP Kuala Lumpur. Melalui ucapan perasmian yang telah diberikan, En. Fauzan menyatakan pentingnya wujud sifat penyayang antara warga sekolah bagi mewujudkan perasaan seronok ke sekolah oleh murid sekolah mengurangkan masalah ponteng. 

Program yang julung kali diadakan ini diserikan dengan sambutan Majlis Hari Lahir warga Cochrane yang lahir pada bulan April. Sebanyak 45 kek hari jadi disumbangkan oleh Universiti HELP dan telah disampaikan sendiri oleh Presiden daripada HELP College of Arts and Technology iaitu Dr Choong Yeow Wei. Istimewanya, kek-kek tersebut telah dibuat oleh pelajar-pelajar dan pensyarah HELP College of Arts and Technology.

Isnin, April 9

On Isnin, April 09, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in , , , ,    No comments
Liputan mengenai SMK Cochrane yang disiarkan secara langsung di TV1 melalui Rancangan Selamat Pagi Malaysa pada jam 9,39 minit pagi. Siaran ini telah disiarkan pada 9 April 2012.



Selasa, Mac 27

On Selasa, Mac 27, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in , ,    No comments



Persembahan kolokium di atas telah diadakan sempena lawatan sambil belajar dan perkongsian pintar SM St. Patrick ke SMK Cochrane. Masing-masing telah menghantar wakil pelajar untuk membentangkan hasl kajian masing-masing.

Semoga perkongsian pintar yang terjalin dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Rabu, Mac 21

On Rabu, Mac 21, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in , ,    No comments
-sebahagian pelajar cemerlang SPM 2011 bergambar bersama pihak pentadbir-


SMK Cochrane mencatat sejarah apabila mencatat keputusan yang memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Gred purata sekolah meningkat dari 4.20 (SPM 2010) kepada 3.73 (SPM 2011) sekaligus mencatat keputusan terbaik dalam 5 tahun.

Meskipun bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (semua A) menurun dari 15 orang kepada 14 orang, namun peratus lulus sekolah meningkat sebanyak 1.57% dari 97.2% (SPM 2010) kepada 98.77% (SPM 2011).

Sekalung tahniah pihak sekolah ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang memberangsangkan sekaligus membantu menaikkan nama sekolah. Begitu juga dengan warga pendidik SMK Cochrane yang berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada anak didik.

Tahniah semua! 


Isnin, Mac 12

On Isnin, Mac 12, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
Bengkel ini telah dijalankan pada 10 Mac 2012 jam 9:00pg bertempat di Makmal Komputer SMK Cochrane. Peserta bengkel merupakan pelajar yang akan terlibat dengan Pertandingan 'Inter-school GameDev Competition'. Di dalam bengkel ini pelajar diajar bagaimana untuk membuat permainan menggunakan software GameMaker 8.1 Lite. Terima kasih kepada Kolej Universiti HELP dan wakil mereka iaitu Ms Ana Baidza atas kerjasama yang diberikan.
On Isnin, Mac 12, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments

Sumber: Utusan Malaysia Online - Kota

Amalan praktik BI di rumah kunci kejayaan


GURU dan sekumpulan pelajar cemerlang SMK Cochrane meraikan kejayaan mereka mencatat keputusan baik dalam STPM 2011 di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 7 Mac - Sentiasa membaca dan berbual dalam bahasa Inggeris menjadi rahsia kejayaan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, Nicholas Tan, 20, memperoleh keputusan terbaik peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) peringkat pertengahan tahun.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane itu bersyukur kerana usahanya selama ini akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

"Saya sentiasa berbual dalam bahasa Inggeris ketika di rumah dan mengulang kaji bagi memantapkan pemahaman tatabahasa dalam bahasa tersebut," katanya ketika ditemui di sekolahnya, dekat sini hari ini.

Nicholas hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi peperiksaan MUET peringkat pertengahan tahun sempena pengumuman keputusan STPM 2011 yang diumumkan hari ini.

Beliau turut menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak cenderamata sumbangan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Selain kejayaan Nicholas, sekolah itu turut menerima berita gembira apabila dua pelajarnya iaitu Yong Pui Kuan, 20, dan Poon Chun Yau, 20, mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pui Kuan yang tinggal di Taman Maluri, Cheras dekat sini berkata, kejayaannya itu banyak dibantu oleh kaedah pembahagian masa yang dibuatnya untuk belajar dan melakukan aktiviti lain.

"Pembahagian masa itu sebenarnya penting kerana jika kita terlalu fokus kepada pelajaran sahaja, ia akan memberi tekanan, sekali gus menganggu corak pembelajaran dan pemahaman dalam pelajaran," ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, Pui Kuan berkata, dia berhasrat melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).

Sementara itu, Chun Yau berkata, keputusan STPM yang diperoleh ternyata berbaloi dengan usaha kerasnya dalam pelajaran selama ini.

"Saya bukanlah pelajar yang pintar dan disebabkan itu, saya memberi tumpuan penuh sewaktu sesi pembelajaran dan melakukan ulang kaji sebaik pulang ke rumah," jelasnya.

Rabu, Mac 7

On Rabu, Mac 07, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
Masa : 12:00 tgh
Tempat : Foyer Kantin SMK Cochrane
Tarikh : 7 Mac 2012

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang STPM 2011. Berikut merupakan senarai pelajar terbaik STPM 2011.

Selasa, Mac 6

On Selasa, Mac 06, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments




Suatu taklimat mengenai Penilaian Berasaskan Sekolah telah diadakan di SMK Cochrane dan disampaikan oleh En. Zulfadhly Bin Mohd Yunos, Penolong Pengarah Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah, JPNKL.

Taklimat disampaikan kepada semua pengetua Zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khamis, Mac 1

On Khamis, Mac 01, 2012 by Webmaster SMK Cochrane   No comments
TARIKH : 1 Mac 2012
MASA    : 7:45 PG ( 15 Minit)
TEMPAT : Tapak Perhimpunan

Perjumpaan Pn. Shamshiah Binti Ahmad A.M.W,  Pengetua Cemerlang bersama pelajar menekankan perkara penting berkaitan :
  • Misi pelajar
  • Sasaran Pelajar Cemerlang ( 20 orang pelajar straight A+ )
  • Soalan-soalan latihan
  • Kelas Pengayaan dan Program Peningkatan Akademik


Isnin, Februari 20

On Isnin, Februari 20, 2012 by khoo veenaik   No comments

Rabu, Januari 11

On Rabu, Januari 11, 2012 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments