Penutupan Sekolah Akibat Fenomena Jerebu

KENYATAAN MEDIA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini 27 September 2015 mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300). 
 
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.
 
Terima kasih.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
27 September  2015
http://www.moe.gov.my/my/mobile-pemberitahuan-view?id=4972

Comments