TAZKIRAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H & PROGRAM SEMBELIHAN



TAZKIRAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H & PROGRAM SEMBELIHAN


#MaalHijrah2023 

#HijrahRasulullah

#PerpaduanTerasMalaysiaMadani



Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Tazkirah Sambutan Maal Hijrah 1445H pada 21 Julai 2023 dan Program Sembelihan pada 28 Julai 2023. Program Tazkirah Sambutan Maal Hijrah 1445H ini bertujuan untuk mengenang kembali peristiwa hijrah pada zaman Rasulullah SAW. Manakala Program Sembelihan untuk semua murid Islam tingkatan 4 dan 5 bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman murid terhadap konsep sembelihan yang mengikut syarak. Program ini juga bermatlamat untuk melahirkan generasi murid prihatin dalam memilih makanan yang halal dan suci. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kaifiat sembelihan secara ‘life’ bersesuaian dengan sukatan pelajaran Tingkatan 4. Program ini dilaksanakan dari pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang di Dewan Cochranean.


Disediakan oleh:

Haziq Irfan bin Saiful Bahari

5 Harapan


Comments