MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-66 DAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-66 SMK COCHRANE

 









MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-66 DAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-66 SMK COCHRANE

#malaysiamerdeka #kitajagakita #bangkitbersama


Pada 31 Julai 2023, Pengetua SMK Cochrane iaitu Puan Nor Haida binti Hamdan telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-66. Sambutan ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, Sambutan Ambang Kemerdekaan juga diadakan pada 25 Ogos 2023 iaitu hari jumaat. Sambutan ini dimulakan dengan ucapan perasmian Pengetua SMK Cochrane iaitu Puan Nor Haida binti Hamdan dan diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik. Sempena bulan kemerdekaan, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan. Antara pertandingannya adalah menulis esei sejarah, menulis sajak, deklamasi sajak, pertandingan mewarna poster kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan sebagainya. Melalui menyertai pertandingan ini, murid-murid dapat menghayati semangat kemerdekaan seperti yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang negara kita sebelum ini. Pada sambutan kali ini, murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini. 




DISEDIAKAN OLEH:

NUR HUMAYRAA DAYANA BINTI MEOR MOHD BAHRIN

4 UNGGUL


Comments