Sejarah 1968-1972

1968
Sekolah Menengah Jalan Cochrane menjangkau usia 11 tahun. Pada usia begini sekolah ini telah mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin yang besar dan selesa, 4 buah bilik makmal dan sebuah perpustakaan berhawa dingin.


Selain daripada itu, terdapat juga sebuah bangunan pentadbiran, sebuah dewan, sebuah bilik seni perusahaan, gelanggang badminton dan bola tampar serta padang permainan kami sendiri. Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah menjadi sebuah sekolah yang moden meliputi sebuah kawasan yang seluas 14 ekar.



Banggunan 3 tingkat 



Kantin dan gelanggang tenis

1969
Encik Lim Eng Thye digantikan oleh Encik Yeong Seng Chye sebagai guru besar yang baru pada bulan Mac.
En.Yeong Seng Chye-Guru Besar Ke-4.








1970

Pada awal tahun 1970-an, Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan. Jaguh renang kami, Chiang Jin Choon, berjaya memecahkan rekod negeri dan kebangsaan. Penjaga gol Malaysia, Lim Fung Kee dan 'bintang' bola sepak kami Mokhtar Ahmad dipilih menganggotai pasukan kebangsaan di Pesta Sukan Sekolah Antarabangsa.

Di samping renang dan bola sepak, kami juga berjaya dalam kejohanan badminton Selangor. Lim Cheng Hoe, memenangi kejohanan perseorangan, sementara Wan Kwang Sum dan Lim Took Mee merebut gelaran juara beregu. Pasukan Badminton di bawah umur 16 tahun muncul sebagai johan negeri.


Pengurniaan Panji-panji Sekolah dan Sijil Penghargaan telah dimulakan pada tahun ini ('Roll of Honour'). Badan Ketua Murid ditubuhkan pada 2 April 1970.






Berita Siares' akhbar cetakan penggal Sekolah Menengah Jalan Cochrane mula dilancarkan pada bulan Ogos 1970, dan Encik R.Dayanandan Naidu menjadi Pengetua ke-5 yang baru. 






1971
Dalam bulan Jun 1971, Encik Goon Fatt Chee mengambil alih jawatan pengetua yang keenam. Beliaulah yang mencipta lirik lagu sekolah kami, 'Hear Ye Alma Meters Call'. Seorang guru sukarelawan Amerika, Encik Dick Halverstadt telah mencipta irama muzik untuk lagu tersebut. Warna rumah-rumah sukan juga telah digantikan dengan nama haiwan-haiwan tempatan.



En. Goon Fatt Chee




1972

SMK Jalan Cochrane terus mengharungi zaman kegemilangan sukan apabila 'bintang' renang , Chiang Jin Choon dipilih mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik di Munich dan seterusnya dipilih sebagai perenang terbaik bagi tahun itu disamping memenangi gelaran Olahragawan Belia Negara.



Dalam permainan tenis, SMK Jalan Cochrane dapat mempertahankan kejohanannya setelah memenangi Piala Wilson selama 2 tahun berturut-turut. Zulkifli Ibrahim dipilih bermain dalam Temasya Kejohanan Belia Asean di Tokyo, manakala Lee Wai Ching dalam sukan S.E.A.P.


Pemenang Piala Wilson-Tenis

Dalam permainan badminton pula pemain-pemain SMK Jalan Cochrane menggondol Piala YDPA sementara Ng Sik Hoi menonjolkan dirinya sebagai Johan Murid Sekolah se-Malaysia dalam sukan Gimnastik.



Piala YDPA- Badminton




 Pasukan Gimnastik

SMK Jalan Cochrane bukan sahaja dapat menghasilkan ahli-ahli sukan yang berkaliber, malahan dapat menghasilkan cendiakawan-cendiakawan yang bermutu. Lim Tee Ngay telah mencipta rekod dalam bidang akademik apabila berjaya memperoleh 8A1 dalam Peperiksaan MCE. SMK Jalan Cochrane juga telah berjaya memenangi Piala Ungku Aziz dalam Pertandingan Kuiz Ekonomi antara sekolah peringkat kebangsaan.

Comments