Posts

Showing posts from July, 2009

Sejarah 1973-1977

Image
1973 Chiang Jin Choon membanggakan SMK Jalan Cochrane apabila dipilih sebagai Olahragawan Terbaik di peringkat kebangsaan. Sementara pemain- pemain bola sepak pula memenangi Piala Khir Johari. Seorang penuntut, Lim Poh Chuan berjaya mendapat 8A1 dalam peperiksaan M.C.E. Bilangan guru yang bertugas kini ialah 67 orang. Jumlah murid ialah 1,701 orang. 1974   Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah menyandang gelaran johan jimnastik bagi pertandingan antara sekolah-sekolah selama 6 tahun berturut- turut, sementara Lee Wai Ching mewakili Malaysia dalam pertandingan Piala Davis. Hoki- Pasukan bawah 15 tahun kami dapat mengalahkan pasukan MBS untuk merebut gelaran Johan Negeri. Dalam saat- saat gembira mengharungi zaman kegemilangan itu, Sekolah Menengah Jalan Cochrane bersedih kerana terpaksa berpisah dengan guru besarnya, Encik Goon Fatt Chee yang digantikan oleh Encik Seow Bin Hak (Guru Besar ketujuh) pada bulan Oktober. Badan Ketua Sukan telah dibentuk, hasil daya usaha Se

Sejarah 1968-1972

Image
1968 Sekolah Menengah Jalan Cochrane menjangkau usia 11 tahun. Pada usia begini sekolah ini telah mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin yang besar dan selesa, 4 buah bilik makmal dan sebuah perpustakaan berhawa dingin. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah bangunan pentadbiran, sebuah dewan, sebuah bilik seni perusahaan, gelanggang badminton dan bola tampar serta padang permainan kami sendiri. Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah menjadi sebuah sekolah yang moden meliputi sebuah kawasan yang seluas 14 ekar. Banggunan 3 tingkat  Kantin dan gelanggang tenis 1969 Encik Lim Eng Thye digantikan oleh Encik Yeong Seng Chye sebagai guru besar yang baru pada bulan Mac. En.Yeong Seng Chye-Guru Besar Ke-4. 1970 Pada awal tahun 1970-an, Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan. Jaguh renang kami, Chiang Jin Choon, berjaya memecahkan rekod negeri dan kebangsaan. Penjaga gol Malaysia, Lim Fung Kee dan 'bintang'

Sejarah tahun 1957-1962

Image
TAHUN 1957 SMK Jalan Cochrane lahir bersama-sama lahirnya Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957. Asalnya hanyalah sebuah banggunan setingkat yang mempunyai 5 buah bilik dan sebuah kantin iaitu sebuah pondok atap. sekolah dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa yang tua, sebuah kuil sikh dan rumah-rumah setinggan. 'Perintis' SMK Jalan Cochrane ialah En. Chew Ah Kong yang sebelumnya bertugas di SMK Victoria. Beliau ialah pengetua yang pertama dengan 4 orang guru dan 83 orang murid. Pada masa itu tidak ada padang permainan mahupun sistem perkumbahan yang sempurna. Pendek kata serba serbinya kurang. 1958 Dengan pembukaan sesi pagi dan petang, jumlah murid bertambah menjadi 489 orang dengan 12 orang guru. Enam buah kelas telah terpaksa menumpang secara sementara di tiga buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Bangsar, SRJK (Tamil) Kg Pandan dan Sekolah St.Gabriel. Pada tahun ini juga Encik Jangir Singh menggantikan Encik Chew Ah Kong sebagai Gur