Sejarah tahun 1957-1962

TAHUN 1957

SMK Jalan Cochrane lahir bersama-sama lahirnya Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957. Asalnya hanyalah sebuah banggunan setingkat yang mempunyai 5 buah bilik dan sebuah kantin iaitu sebuah pondok atap. sekolah dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa yang tua, sebuah kuil sikh dan rumah-rumah setinggan.














'Perintis' SMK Jalan Cochrane ialah En. Chew Ah Kong yang sebelumnya bertugas di SMK Victoria. Beliau ialah pengetua yang pertama dengan 4 orang guru dan 83 orang murid. Pada masa itu tidak ada padang permainan mahupun sistem perkumbahan yang sempurna. Pendek kata serba serbinya kurang.








1958
Dengan pembukaan sesi pagi dan petang, jumlah murid bertambah menjadi 489 orang dengan 12 orang guru. Enam buah kelas telah terpaksa menumpang secara sementara di tiga buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Bangsar, SRJK (Tamil) Kg Pandan dan Sekolah St.Gabriel. Pada tahun ini juga Encik Jangir Singh menggantikan Encik Chew Ah Kong sebagai Guru Besar yang kedua. Lembaga Pengelola Sekolah juga ditubuhkan pada tahun ini.




 




1959


Lencana sekolah telah direka cipta oleh Encik Jangir Sigh pada tahun 1959. Buat pertama kali seramai 74 orang penuntut menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.





1960


Pembinaan bangunan tiga tingkat disiapkan, yang kini dikenali dengan nama bangunan 'Blok Merah'. Bangunan ini terdiri daripada 12 buah bilik darjah, 2 buah bilik menyimpan barang-barang, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik alat pandang dengar. Jumlah kakitangan akademik adalah seramai 21 orang. Enam buah kelas yang dulunya menumpang dibeberapa sekolah lain kini telah kembali ke sekolah utama.









 


 




1961


Setelah berusia 4 tahun, Sekolah Menengah Jalan Cochrane mula melangkah ke peringkat menengah tinggi dengan pembukaan tiga buah kelas tingkatan 4. Bilangan guru yang bertugas ialah 27 orang. Buat julung kalinya, Sekolah Menengah Jalan Cochrane berjaya mengadakan temasya merentas desa tahunan.



1962

En. Lim Eng Thye telah dilantik sebagai pengetua SMK Jalan Cochrane yang ketiga. Sekolah pada tahun ini telah diisytiharkan sebagai sekolah harian sepenuhnya (kategori menengah) dan mempunyai bilangan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.


Kohort pertama tingkatan 5 seramai 854 pelajar telah menduduki peperiksaan 'Overseas School Certificate' yang kini telah ditukar kepada SPM.


Walaupun sekolah di awal penubuhannya tidak mempunyai prasarana yang lengkap seperti kemudahan padang dan peralatan sukan, namun kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan amat membanggakan.  


Buktinya, SMK Jalan Cochrane merupakan Johan negeri melalui permainan Ragbi bawah 14 tahun dan badminton bawah 20 tahun. Pada tahun ini juga majalah sekolah yang pertama telah dilancarkan.



Pasukan Badminton- Johan Negeri peringkat Negeri Selangor

 


Comments