Rabu, Januari 27

On Rabu, Januari 27, 2010 by TYCOON in    No comments
Pada minggu ini ahli-ahli SLAD iaitu Siti Maisarah dan Shariatie dari tingkatan 5 Harapan telah menyampaikan maklumat mengenai jenis-jenis dadah pada perhimpunan pagi kepada warga SMK Cochrane.

Tujuan maklumat ini disebarkan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai kepelbagaian dadah yang ada di dunia ini agar semua pelajar mengenali dadah dengan lebih dekat.


Berikut maklumat yang telah disebarkan kepada warga Cochranean:

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:




OPIAT - Bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan mempunyai
potensi yang tinggi.
- Heroin, morfin, candu, & kodein.




KANABIS - Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus canabis
- Ganja, hashish.




DEPRESEN - Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat
- Sedatif-hipnotik, jenis barbiturat, dan bukan barbiturat serta transquilizer



STIMULAN - Phetamin kokain ( daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain)
- Jenis amfetamin dan kokian.



HALUSINOGEN - Lysergic acid diethylamine (LSD), meskalin.



Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Disediakan oleh,

Siti Maisarah, Shariatie
Ahli SLAD SMK Cochrane

Jumaat, Januari 22

On Jumaat, Januari 22, 2010 by Faiz Takeda in    No comments
Pada 18 Januari 2010 di dataran SMK Cochrane, berlangsungnya Kempen Sifar Ponteng dengan tema 'Jom ke Sekolah' pada tahun keramat 2010 ini. Objektif pelaksanaan kempen ini ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.

Didapati kadar ponteng sekolah para pelajar di seluruh Malaysia semakin meningkat. Kebanyakkan pelajar yang ponteng sekolah didapati melibatkan diri dalam pebagai gejala negatif seperti penyalahangunaan dadah, vandalism, gangsterism, melepak dan sebagainya.

Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan semua gru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali gus menaikkan reputasi SMK Cochrane.




Majlis ini dirasmikan oleh saudara Muhammad Mustakim dari Badan Beruniform Kadet Polis dengan memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Kempen Sifar Ponteng 2010 dengan memukul gong sebanyak tiga kali sebagai tanda perasmian. Selepas itu, saudara Mohammad Haziq telah menerima banting daripada saudara Muhammad Mustakim sebagai tanda sokongan warga Cochraneans terhadap Kempen Sifar Ponteng 2010.

Antara aktiviti yang telah dirangkakan bagi merancakkan dan menyeramakkan lagi kempen ini ialah:
  • Penganugerahan piala pusingan setiap bulan kepada kelas yang mencapai sifar ponteng
  • Penganugerahan sijil sifar ponteng bagi kelas-kelas yang mencapai objektif kempen
  • Pemberian hadiah pada akhir tahun kepada semua kelas yang berjaya mengekalkan rekod sifar ponteng
  • Pertandingan sisipan menulis karangan dalam Panitia BM tentang gejala ponteng sekolah

Persembahan sketsa yang menarik daripada kerjasama Lembaga Pengawas dan Persatuan Bahasa Melayu menjadi penutup bagi pelancaran Kempen Sifar Ponteng 2010. Diharapkan kempen ini dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar SMK Cochrane. Maju Cochraneans!

Ahad, Januari 17

On Ahad, Januari 17, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    4 comments
2004

20 Ogos 2004 merupakan tarikh bersejarah buat warga Cochrane kerana hari tersebut ialah hari terakhir berada di SMK Jalan Cochrane yang diduduki semenjak 1957. Proses pemindahan ke bangguna sekolah yang baru di Jalan Shahbandar Off Jalan Cochrane mencapai kemuncaknya.


Sebelum warga Cochrane berarak meninggalkan baggunan lama, satu perhimpunan khas diadakan di gelanggang tenis bagi memberi penghormatan terakhir pada SMK Jalan Cochrane.

Bendera sekolah diturunkan seiring dengan nyanyian lagu sekolah. Perarakan warga Cochrane ke sekolah baru diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah sambil membawa pelbagai sepanduk bagi  melahirkan kesedihan meninggalkan sekolah yang telah mencatat pelbagai kenangan.

Sementara itu, pada masa yang sama bertempat di banggunan baru SMK Cochrane, majlis penanaman pokok telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau merupakan salah seorang berkas YDP PIBG SMK Jalan Cochrane.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh PIBG SMK Cochrane dengan kerjasama Kelab Lion Kuala Lumpur diadakan dengan hasrat untuk menanam sikap menghargai dan mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Tanggal 18 September 2004, warga SMK Cochrane dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan majlis Keraian dan Kesyukuran dengan tujuan mempromosi dan menyatakan kesyukuran warga Cochrane menerima banggunan baru di tapak yang baru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Astaman b. Abd. Aziz, Ahli Parlimen Titiwangsa. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Tan Sri Aishah Ghani. Pada kesempatan ini, warga Cochrane tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir.

2005

Banggunan baru telah mencatatkan satu legi sejarah yang tersendiri apabila Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishamuddin b. Tun Hussein pada 4 Februari 2005.

Kesempatan ini telah beliau manfaatkan dan mencatat sejarah manis warga Cochrane apabila beliau dan tetamu yang lain sudi meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat setiap kemudahan di banggunan sekolah ini yang setinggi lapan tingkat.

Sesungguhnya SMK Cochrane sangat bertuah kerana telah dirasmikan oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang cemerlang dalam membangunkan taraf pendidikan di Malaysia.

Tanggal 10 Mac 2005, warga Cochrane menerima kunjungan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah dari Indonesia dan membuktikan bahawa sekolah ini semakin dikenali dari dalam dan luar negara.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk memahami sistem pendidikan dan struktur persekolahan di Malaysia. Rombongan tersebut juga telah dibawa melawat kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di SMK Cochrane.

Tanggal 13 Mei 2005, warga Cochrane menerima kunjungan daripada kumpulan pentadbir SM (P) Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fizikal SMK Cochrane yang dibina setinggi lapan tingkat.

SMK Cochrane turut menerima kunjungan tetamu dari utara tanah air iaitu kumpulan pentadbir dan guru-guru SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.

Pada 2 Julai 2005 pula, SMK Cochrane telah menerima rombongan pelajar dari Thailand menerusi Program Pertukaran Pelajar. Pelajar-pelajar SMK Cochrane berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan kumpulan pelajar-pelajar tersebut.

Kumpulan pelajar-pelajar ini telah berpeluang menyaksikan persembahan oleh Pasukan Pancaragam sekolah dan pertunjukan kawad kaki oleh pasukan unit beruniform.

Sabtu, Januari 16

On Sabtu, Januari 16, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
1978

Lim Eng Thye yang mewakili SMK Jalan Cochrane muncul sebagai johan dalam pertandingan Kuiz Ilmu Hisab dan sains. Acara Walkalthon kali ke-3 telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 17,000.


Pasukan Pengakap kini memperoleh 'Teratak' mereka sendiri dengan kos pembinaan sebayak RM 4000.

1979

Pada tahun ini, SMK Jalan Cochrane dipagari oleh tembok besar dengan kos pembinaan lebih RM 13,000. Badan Penolong Sukan telah dibentuk tahun ini untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti sukan. Sebuah Badan Kebajikan murid juga telah ditubuhkan.

Dalam sukan Gimnastik, Chin Chow Shin telah muncul sebagai ahli Gimnastik terbaik untuk murid-murid sekolah di seluruh negara. Ng Heng Wan pula telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Renang Usia SEA.

Setelah 5 tahun bersama-sama SMK Jalan Cochrane, En. Seow Bin Hak bersara. En. Ajmer Singh menjadi Pengetua ke lapan dari penggal pertama 1980.

1981

Temasya Walkalthon yang ke-4 diadakan. Kali ini SMK Jalan Cochrane dapat mengumpul sejumlah RM 72,000.

Bintang Gimnastik Yong Wei Ming dipilih sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan Gimnastik yang pertama sekolah-sekolah ASEAN. Hee Kok Leong telah mewakili Malaysia dalam 'World FreeStyle Dancing Competition' di London dan berjaya mendapat tempat ke-6.

SMK Jalan Cochrane telah muncul dalam pertandingan hoki pasukan bawah 18 tahun antara sekolah-sekolah peringkat Wilayah Persekutuan, sementara pasukan bawah 15 tahun berjaya mendapat naib johan.

Pasukan Catur sekolah juga berjaya menggondol kejohanan peringkat negeri. SMK Jalan Cochrane menjadi tuan rumah Expo Pendidikan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.

1982

SMK Jalan Cochrane telah berusia 25 tahun. Dalam tahun yang bersejarah ini satu kesedaran baru timbul di kalangan pelajar. Berbekalkan azam dan kerjasama yang tinggi antara pelajar, sebuah penyejuk air berjaya dibeli hasil pengumpulan wang oleh semua pelajar.

Sebuah penyejuk air lagi dihadiahkan oleh pihak PIBG. Sebuah banggunan surau untuk kegunaan guru-guru , kakitangan dan pelajar Islam telah dibina dengan kos RM 15,000.

Dalam bidang sukan, prestasi SMK Jalan Cochrane amat membanggakan. Pasukan-pasukan sekolah telah menjadi Johan dalam acara Gimnastik  dan Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 Tahun peringkat Wilayah Persekutuan.

Isnin, Januari 11

On Isnin, Januari 11, 2010 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments

On Isnin, Januari 11, 2010 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments







Ahad, Januari 3

On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk bahagian pencapaian dan anugerah SMK Cochrane.

On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk maklumat kokurikulum-Badan beruniform,kelab,persatuan
On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk maklumat kurikulum
On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
1963

Jumlah penuntut mencapai 1060 orang memenuhi 25 bilik darjah. Terdapat 36 orang guru termasuk seorang sukarelawan 'Peace Corps' Amerika. Bangunan baru juga bertambah. Bangunan pentadbiran setingkat, sebuah dewan, tempat letak basikal, dua buah makmal sains dan bilik seni perusahaan.



 
2 makmal 





Pejabat Pentadbiran






Staf 1963



Temasya sukan yang pertama diadakan di padang Sekolah St Gabriel kerana sekolah masih tidak mempunyai padang permainan. Sekolah Menengah Jalan Cochrane menunjukkan kehandalan dalam bidang sukan apabila berjaya merebut gelaran johan ragbi peringkat negeri di bawah umur 15tahun manakala pasukan bola sepak pula berjaya mendapat tempat ketiga.



Pasukan Ragbi Bawah 15 Tahun



1 September 1965 merupakan detik yang bersejarah bagi sekolah ini apabila dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Datuk Harun Haji Idris. Peristiwa bersejarah itu juga dirayakan dengan mengadakan Hari Ucapan yang pertama dan diikuti oleh pameran yang dibuka kepada orang ramai selama tiga hari. Sekolah ini mencapai puncak perkembangannya dengan tertubuhnya Tingkatan Enam.


Menteri Besar dan isteri menandatangani buku pelawat


Menteri Besar memberikan ucapan




Pengetua, En. Lim Eng Thye meyampaikan ucapan mengenai sejarah sekolah sewaktu upacara rasmi Pembukaan SMK Jalan Cochrane




Jumaat, Januari 1

On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in

Mewujudkan persekitaran sekolah yang sempurna dan kondusif demi kecemerlangan pendidikan berasaskan pembentukan sahsiah dan budaya cemerlang


On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in
On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in