Sejarah 1978-1982

1978

Lim Eng Thye yang mewakili SMK Jalan Cochrane muncul sebagai johan dalam pertandingan Kuiz Ilmu Hisab dan sains. Acara Walkalthon kali ke-3 telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 17,000.


Pasukan Pengakap kini memperoleh 'Teratak' mereka sendiri dengan kos pembinaan sebayak RM 4000.

1979

Pada tahun ini, SMK Jalan Cochrane dipagari oleh tembok besar dengan kos pembinaan lebih RM 13,000. Badan Penolong Sukan telah dibentuk tahun ini untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti sukan. Sebuah Badan Kebajikan murid juga telah ditubuhkan.

Dalam sukan Gimnastik, Chin Chow Shin telah muncul sebagai ahli Gimnastik terbaik untuk murid-murid sekolah di seluruh negara. Ng Heng Wan pula telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Renang Usia SEA.

Setelah 5 tahun bersama-sama SMK Jalan Cochrane, En. Seow Bin Hak bersara. En. Ajmer Singh menjadi Pengetua ke lapan dari penggal pertama 1980.

1981

Temasya Walkalthon yang ke-4 diadakan. Kali ini SMK Jalan Cochrane dapat mengumpul sejumlah RM 72,000.

Bintang Gimnastik Yong Wei Ming dipilih sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan Gimnastik yang pertama sekolah-sekolah ASEAN. Hee Kok Leong telah mewakili Malaysia dalam 'World FreeStyle Dancing Competition' di London dan berjaya mendapat tempat ke-6.

SMK Jalan Cochrane telah muncul dalam pertandingan hoki pasukan bawah 18 tahun antara sekolah-sekolah peringkat Wilayah Persekutuan, sementara pasukan bawah 15 tahun berjaya mendapat naib johan.

Pasukan Catur sekolah juga berjaya menggondol kejohanan peringkat negeri. SMK Jalan Cochrane menjadi tuan rumah Expo Pendidikan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.

1982

SMK Jalan Cochrane telah berusia 25 tahun. Dalam tahun yang bersejarah ini satu kesedaran baru timbul di kalangan pelajar. Berbekalkan azam dan kerjasama yang tinggi antara pelajar, sebuah penyejuk air berjaya dibeli hasil pengumpulan wang oleh semua pelajar.

Sebuah penyejuk air lagi dihadiahkan oleh pihak PIBG. Sebuah banggunan surau untuk kegunaan guru-guru , kakitangan dan pelajar Islam telah dibina dengan kos RM 15,000.

Dalam bidang sukan, prestasi SMK Jalan Cochrane amat membanggakan. Pasukan-pasukan sekolah telah menjadi Johan dalam acara Gimnastik  dan Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 Tahun peringkat Wilayah Persekutuan.

Comments

  1. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 pada tahun 1980 hingga 1984. En.Ajmer Singh merupakan Guru Besar pada masa itu. Cikgu Raja sebagai Guru disiplin. Cikgu Yusof guru sukan & jurulatih bolasepak sekolah. Cikgu Ibrahim guru kelas & guru yang paling baik Dan prihatin. Sekarang saya sudah berumur 54 tahun. Terima kasih kpd semua guru guru yg telah mendidik saya. Feel like to see you all but.....thank you.

    ReplyDelete
  2. Sesiapa ada maklumat En Ajmer Singh, telefon dsbgnya?
    Ribuan Terima Kasih.
    Salam salaturrahim.

    ReplyDelete

Post a Comment