Takwim

Program yang dipaparkan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

Jumaat, Januari 22

KEMPEN SIFAR PONTENG

Pada 18 Januari 2010 di dataran SMK Cochrane, berlangsungnya Kempen Sifar Ponteng dengan tema 'Jom ke Sekolah' pada tahun keramat 2010 ini. Objektif pelaksanaan kempen ini ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.

Didapati kadar ponteng sekolah para pelajar di seluruh Malaysia semakin meningkat. Kebanyakkan pelajar yang ponteng sekolah didapati melibatkan diri dalam pebagai gejala negatif seperti penyalahangunaan dadah, vandalism, gangsterism, melepak dan sebagainya.

Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan semua gru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali gus menaikkan reputasi SMK Cochrane.




Majlis ini dirasmikan oleh saudara Muhammad Mustakim dari Badan Beruniform Kadet Polis dengan memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Kempen Sifar Ponteng 2010 dengan memukul gong sebanyak tiga kali sebagai tanda perasmian. Selepas itu, saudara Mohammad Haziq telah menerima banting daripada saudara Muhammad Mustakim sebagai tanda sokongan warga Cochraneans terhadap Kempen Sifar Ponteng 2010.

Antara aktiviti yang telah dirangkakan bagi merancakkan dan menyeramakkan lagi kempen ini ialah:
  • Penganugerahan piala pusingan setiap bulan kepada kelas yang mencapai sifar ponteng
  • Penganugerahan sijil sifar ponteng bagi kelas-kelas yang mencapai objektif kempen
  • Pemberian hadiah pada akhir tahun kepada semua kelas yang berjaya mengekalkan rekod sifar ponteng
  • Pertandingan sisipan menulis karangan dalam Panitia BM tentang gejala ponteng sekolah

Persembahan sketsa yang menarik daripada kerjasama Lembaga Pengawas dan Persatuan Bahasa Melayu menjadi penutup bagi pelancaran Kempen Sifar Ponteng 2010. Diharapkan kempen ini dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar SMK Cochrane. Maju Cochraneans!

0 maklum balas :

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes