PELANTIKAN BADAN BERKHIDMAT SMK COCHRANE 2010

COCHRANE, 25 JANUARI 2010 – Penglibatan pelajar dalam Badan Berkhidmat Sekolah adalah amat dihargai. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan majlis pelantikan ahli-ahli Badan Berkhidmat Sekolah. Badan-Badan Berkhidmat Sekolah yang terlibat dalam majlis pelantikan ini termasuklah Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Sidang Redaksi, Briged Bestari, Quarter Master , Skim Pinjaman Buku Teks, Skuad Kebersihan Dan Kesihatan dan Skuad Kantin.

Para pelajar yang terlibat dalam majlis pelantikan tersebut telah berbaris di tapak perhimpunan pada pukul 7.25 pagi. Majlis diacarakan oleh En. Bahra

Setelah bacaan doa telah selesai, majlis menjemput pengetua cemerlang SMK Cochrane, Puan Shamshiah bt. Ahmad A.M.W. bagi merasmikan acara pelantikan serta menyematkan lencana dan tag jawatan –jawatan berkenaan kepada pelajar-pelajar yang menyumbang kepada sekolah sebagai Badan Berkhidmat Sekolah.

Kemudian, lafaz ikrar telah diketuai oleh saudara Liew Wei Keong dan diikuti oleh semua palajar yang baru dilantik supaya berikrar akan melaksanakan tugas dan kewajipan yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan adil.

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Shamshiah untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang baru dilantik serta menyeru mereka supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga memberikan nasihat bahawa seorang pemimpin yang baik bukan sahaja untuk rakan –rakan dan diri sendiri malah untuk menjana sekolah yang cemerlang.

Majlis diakhiri dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu sekolah.

Comments