PROGRAM AMANAT YAYASAN PENDIDIKAN TITIWANGSA

Pada 1 Februari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Cochrane, telah berlangsungnya Majlis Amanat Yayasan Pendidikan Titiwangsa oleh Datuk Hj Astaman B. Abd Aziz. Semua pelajar tingkatan 3, 5 dan PPU (Upper) telah berkumpul di Dewan Terbuka selepas waktu rehat kedua. Yang Berhormat Datuk Astaman tiba di perkarangan dewan terbuka diiringi oleh Pn. Shamshiah Bt. Ahmad tepat pada jam 10.30 pagi. Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh setelah Pn. Kassnina mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Astaman di Dewan Terbuka.



Majlis tersebut dikendalikan oleh Pn. Kassnina Bt. Ghazali. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sharif. Kemudian, Pn. Shamsiah telah memberikan ucapan alu-aluan sebagai pembuka majlis disertai dengan tepukan "Cochraneans" sebanyak 2 kali.Dalam ucapan beliau, beliau telah memberikan sedikit maklumat mengenai pencapaian mengenai kecemerlangan akademik SMK Cochrane pada tahun 2009.

Majlis mencapai ke kemuncaknya apabila Datuk Astaman memberikan amanatnya kepada para pelajar.Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan betapa pentingnya kejayaan seseorang pelajar dalam menjamin masa hadapan mereka.Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Kemudian, Pn Shamshiah telah diiringi Pn Kang Kooi Li memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk Astaman sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama warga Cochrane.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Comments