TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMK COCHRANE KE-45

Pada hari Rabu lepas, 3 March 2010, hari sukan SMK Cochrane telah berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras. Hari yang mulia ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran perserta. Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat, diikuti dengan bacaan doa, ucapan pengetua, dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Seterusnya Bendera Kejohanan dinaikkan dan disusuli bacaan ikrar yang di ketuai oleh Saudara Naim dari Rumah Biru.


Acara di meriahkan lagi dengan persembahan daripada pasukan pancaragam sekolah serta pasukan sorakan SMK Cochrane. Upacara penyampaian Hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingkan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh B. Yusup.

Acara-acara yang berlangsung ialah acara larian 100M, 400M, 4 X 100M antara sekolah serta 4 X 100M. Tepukan yang gemuruh serta sorakan yang kuat telah diberikan oleh penonton untuk rumah sukan serta pasukan sekolah. Pasukan kecemasan juga bertungkus-lumus untuk menolong para atlet yang cedera.

Pasukan yang memenangi Johan ialah Rumah Merah manakala Rumah Biru mendapat tempat kedua diikuti oleh Rumah Kuning Dan Rumah Hijau. Bagi kategori perbarisan lintas hormat, naib johan ialah Pasukan Pengakap dan pemenangnya ialah Pasukan St.John Ambulans Malaysia kerana jelas ternampak usaha dan kesungguhan kedua-dua pasukan ini untuk berkawad.

Hari Sukan di akhiri dengan penurunan Bendera Kejohanan, Nyayian lagu NegaraKu serta sorakan dan tepukan Cochraneans (tepuk Cochraneans).

Objektif temasya sukan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam akademik serta kokurikulum untuk memenuhi hasrat wawasan negara.


Comments