Pada 27 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu, SMK Cochrane telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang di Dewan Terbuka sekolah.Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai para pelajar yang telah berjasa kepada pihak sekolah dalam bidang akademik.
Pada jam 7.45 pagi, sesi pendaftaran telah dibuka kepada para penerima anugerah. Seterusnya pada jam 8.30 pagi, tetamu kehormat iaitu Y.Bhg Pn Rohanah Binti Baharom telah tiba dengan diiringi Puan Pengetua, Pn. Shamshiah Bt. Ahmad dan pentadbir sekolah. Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Abdul Rauf.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMK Cochrane, Pn Shamshiah Binti Ahmad. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn Rohanah Bt Baharom.
Kini tibalah acara kemuncak dengan acara penyampaian hadiah oleh Pengetua SMK Cocharane kepada para pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Majlis diselitkan dengan persembahan daripada para pelajar SMK Cochrane iaitu persembahan tarian dan koir.
Majlis disambung dengan penyampaian anugerah daripada Pn Rohanah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah.
Powered by Blogger.

Blog Archive
-
▼
2010
(35)
-
▼
March
(10)
- BERITA PROGRAM PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH
- MINGGU PPDa
- MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
- JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM SESI PETANG 2010
- JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM SESI PAGI 2010
- KEM KEPIMPINAN DAN MOTIVASI DIRI PENGAWAS PUSAT SU...
- MAULIDUR RASUL 2010
- LATIHAN KAWAD KEBAKARAN
- TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMK COCHRANE KE-45
- LAWATAN PERKONGSIAN ILMU GURU DAN PELAJAR PPU
-
▼
March
(10)

No comments:
Post a Comment