Khamis, Mei 20
On Khamis, Mei 20, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in Kurikulum No comments
SMK Cochrane telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei yang lalu bersamaan dengan hari isnin yang lalu. Majlis yang dianjurkan oleh badan-badan khidmat antaranya lembaga pengawas, pengawas pusat sumber dan badan ketua kelas telah bekerjasama selama sebulan bagi menjayakan majlis ini. Majlis yang diadakan secara gilang-gemilangnya bertujuan untuk menghargai para guru SMK Cochrane yang banyak mencurahkan jasa dan bakti serta mengorbankan masa demi kejayaan pelajar-pelajar. Majlis yang bertemakan biru dan merah jambu bagi mewakili guru lelaki (biru) dan guru perempuan (merah jambu).
Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dengan perarakan masuk para guru diiringi paluan kompang daripada pelajar serta tepukan gemuruh daripada para pelajar ke Dewan Terbuka sekolah. Para guru melalui karpet merah menuju ke Dewan Terbuka sebagai tanda mereka adalah orang penting pada hari tersebut. Majlis diteruskan dengan ucapan pengetua, ucapan perutusan, nyanyian lagu guru dan pemotongan kek. Bagi memeriahkan lagi majlis, persembahan daripada para pelajar dan para guru seperti sketsa, nyanyian dan tarian telah mewarnai lagi majlis pada hari tersebut.
Setelah majlis selesai, jamuan untuk para guru telah diadakan kemudian para guru diwajibkan untuk menyertai acara permainan seperti sukaneka dan explorace.
Kesimpulannya, sambutan hari guru peringkat sekolah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua guru kelihatan gembira dengan majlis yang dianjurkan.Diharapkan supaya para guru SMK Cochrane dapat menjalankan tanggungjawab mendidik dan mengajar secara lebih berkesan. Selamat hari guru!!!

Reaksi anda: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Search
Pautan
Popular Posts
-
Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun lampiran-lampiran yang berkenaan: Ikuti panduan bergambar di bawah untuk cara muat turun ...
-
Berikut merupakan senarai nama pelajar mengikut Tingkatan : Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Selamat kembali ke sek...
-
2004 20 Ogos 2004 merupakan tarikh bersejarah buat warga Cochrane kerana hari tersebut ialah hari terakhir berada di SMK Jalan Cochrane ya...
-
Anda kenal individu ini? Inilah Wira Malaysia Kebanggaan S.M.K. Cochrane! Beliaulah Safee Sali Yang Namanya Kini Meniti Dibibir Setia...
-
PROGRAM JOM KE SEKOLAH Pada 9 Januari 2017 bersamaan hari Isnin, pihak sekolah telah menganjurkan Program "Jom Ke Sekolah" ya...
-
Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun lampiran-lampiran yang berkenaan: (edisi kemaskini 2017) Manual Kualiti PK01 Pengurusa...

Dikuasakan oleh Blogger.

0 maklum balas:
Catat Ulasan