Kursus Simulasi Haji 2011



Alhamdulillah, tanggal 18 Jun 2011, kursus simulasi Haji telah dijalankan di SMK Cochrane bersama-sama pelajar tingkatan 4 & 5 serta guru-guru. Tn. Hj. Roslan sudi membimbing pelajar dan guru-guru mengenai rukun dan wajib haji kemudiannya disusuli dengan aktiviti simulasi dan kuiz. Program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan diharapkan dapat dijadikan aktiviti tahunan seterusnya memperkayakan aspek pembelajaran luar bilik darjah.














Comments