Keputusan SPM 2011: Terbaik dalam 5 tahun!!!


-sebahagian pelajar cemerlang SPM 2011 bergambar bersama pihak pentadbir-


SMK Cochrane mencatat sejarah apabila mencatat keputusan yang memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Gred purata sekolah meningkat dari 4.20 (SPM 2010) kepada 3.73 (SPM 2011) sekaligus mencatat keputusan terbaik dalam 5 tahun.

Meskipun bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (semua A) menurun dari 15 orang kepada 14 orang, namun peratus lulus sekolah meningkat sebanyak 1.57% dari 97.2% (SPM 2010) kepada 98.77% (SPM 2011).

Sekalung tahniah pihak sekolah ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang memberangsangkan sekaligus membantu menaikkan nama sekolah. Begitu juga dengan warga pendidik SMK Cochrane yang berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada anak didik.

Tahniah semua! 


No comments:

Post a Comment