‘Guru Sayang Murid, Murid Sayang Guru’


Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang telah dilancarkan di SMK Cochrane pada 30 April 2012. Program yang bertemakan Guru Sayang Murid, Murid Sayang Guru bertujuan menyuburkan sifat kasih sayang antara guru dan murid. Program ini telah dirasmikan oleh EN. MOHD FAUZAN BIN AMRAN, Penolong Pengarah Disiplin, JPNWP Kuala Lumpur. Melalui ucapan perasmian yang telah diberikan, En. Fauzan menyatakan pentingnya wujud sifat penyayang antara warga sekolah bagi mewujudkan perasaan seronok ke sekolah oleh murid sekolah mengurangkan masalah ponteng. 

Program yang julung kali diadakan ini diserikan dengan sambutan Majlis Hari Lahir warga Cochrane yang lahir pada bulan April. Sebanyak 45 kek hari jadi disumbangkan oleh Universiti HELP dan telah disampaikan sendiri oleh Presiden daripada HELP College of Arts and Technology iaitu Dr Choong Yeow Wei. Istimewanya, kek-kek tersebut telah dibuat oleh pelajar-pelajar dan pensyarah HELP College of Arts and Technology.

Comments