MAJLIS PERSARAAN ENCIK SAMSUDIN-Penolong Kanan PPU

Pada 11 Mac 2016 bersamaan hari Jumaat telah berlangsung Majlis Persaraan En. Samsudin Bin Mohd Nahar di SMK Cochrane.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum dan Penolong Kanan PPU di SMK Cochrane (jawatan terakhir).

Segala sumbang bakti dan tunjuk ajar yang telah beliau curahkan selaku salah seorang barisan pentadbir di SMK Cochrane amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada warga Cochrane.






Comments