MAKLUMAN PENYERAHAN PELAPORAN AKHIR MURID TINGKATAN 3

Kepada, 
Ibu bapa/penjaga Pelajar Tingkatan 3 
Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, 
Jalan Shahbandar Off Jalan Cochrane, 
55100 KualaLumpur.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENYERAHAN PELAPORAN AKHIR MURID TINGKATAN 3

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 

2.       Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diserahkan kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016 pada 19 Disember 2016 : 
              I. Pernyataan Keputusan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
             II. Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 
            III. Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 
             IV. Rumusan Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikat Kebangsaan SEGAK 
              V. Pelaporan Pentaksiram Sekolah Tingkatan 3 (PS)

3. Sehubungan itu, Pelaporan bagi peringkat Sekolah akan diserahkan pada ketetapan seperti berikut: 
          
          Tarikh : 19 Disember 2016 (Isnin) 
          Masa   : 9.30 Pagi
          Tempat : Dewan Terbuka SMK Cochrane

4. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga sedia maklum dengan perkara di atas

Sekian, terima kasih.

Comments

Post a Comment