GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0 DAN ONE CLEAN UP MALAYSIA GOTONG-ROYONG MADANI


 GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0 DAN ONE CLEAN UP MALAYSIA

GOTONG-ROYONG MADANI

#perangiaedes #sekolahkuceria #malaysiakumadani


SMK Cochrane telah menjalani aktiviti gotong-royong pada 8 Julai 2023, aktiviti ini dilaksanakan di kelas, bilik khas dan persekitaran sekolah bermula pada jam 7:35 pagi hingga jam 12:00 tengah hari. Guru dan murid-murid membersihkan kawasan persekitaran sekolah termasuk longkang, taman dan parkir bagi memastikan kawasan sekolah adalah bersih dan selamat daripada nyamuk aedes. Selain itu, guru dan murid juga mengecat, menceriakan dan membaiki kemudahan di tandas dan memastikan tandas juga bebas daripada pembiakan nyamuk aedes. Pada 28 Julai 2023, Murid tingkatan 1 hingga 4, guru-guru, kakitangan SMK Cochrane dan PIBG terlibat dengan Program Gotong-Royong Madani yang telah diadakan di persekitaran SMK Cochrane. Program ini dirancang oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah-sekolah disarankan agar menjalankan aktiviti gotong-royong ini bagi memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah berada dalam tahap yang kondusif dan selamat. 



Disediakan oleh:

Nur Afiqah Batrisyia Binti Mohd Azlan  

4 Pintar


Comments