Selasa, Ogos 3

On Selasa, Ogos 03, 2010 by Cikgu Yan in    No comments


Pada 10 Julai 2010 Kejohanan Merentas Desa SMK Cochrane telah diadakan di Taman Tasik Permaisuri dari jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Haji Kamal Nurzaman b Jamal dan dihadiri oleh hampir semua pelajar SMK Cochrane. Guru-guru juga telah bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan kejohanan tersebut.
Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili rumah sukan masing-masing . Acara ini telah dimulakan dengan mengikut kategori . Antara kategori yang terlibat ialah kategori kelas satu (L & P ) yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan PPU, kategori kelas 2 (L & P )yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 3 dan kategori kelas 3 (L & P) yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 & 2.
Hadiah telah diberikan kepada 30 orang pemenang pertama bagi setiap kategori.


Selasa, Julai 13

On Selasa, Julai 13, 2010 by sIti haJar Azman   No comments
Pada 29 Julai 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Cochrane telah mengadakan sebuah pameran kerjaya yang dianjurkan sempena Hari Informasi Pendidikan dan Kerjaya untuk membantu para pelajar terutamanya pelajar tingkatan 5 dan PPU (U) untuk membuat penilaian dan objektif yang membolehkan mereka membuat pemilihan dalam menentukah hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Melalui pameran ini juga, para pelajar dapat mengetahui jurusan-jurusan di institusi pengajian tinggi dan kerjaya berdasarkan kebolehan,matlamat dan kelayakan mereka.

Pemilihan yang tepat dapat memudahkan para pelajar kerana mereka tahu sedikit sebanyak maklumat mengenai institusi-institusi dan pakej pengajian yang diberikan. Antara IPTA/IPTS yang mendaftar sebagai peserta adalah seperti KLIUC, SEGI Kolej, The One Academy, UNITAR, HELP University dan lain-lain lagi.

Oleh itu, Kami berharap agar para pelajar dapat mengambil peluang yang telah diberikan agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat mengenai masa depan mereka.

Khamis, Mei 20

On Khamis, Mei 20, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in    No comments
SMK Cochrane telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei yang lalu bersamaan dengan hari isnin yang lalu. Majlis yang dianjurkan oleh badan-badan khidmat antaranya lembaga pengawas, pengawas pusat sumber dan badan ketua kelas telah bekerjasama selama sebulan bagi menjayakan majlis ini. Majlis yang diadakan secara gilang-gemilangnya bertujuan untuk menghargai para guru SMK Cochrane yang banyak mencurahkan jasa dan bakti serta mengorbankan masa demi kejayaan pelajar-pelajar. Majlis yang bertemakan biru dan merah jambu bagi mewakili guru lelaki (biru) dan guru perempuan (merah jambu).

Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dengan perarakan masuk para guru diiringi paluan kompang daripada pelajar serta tepukan gemuruh daripada para pelajar ke Dewan Terbuka sekolah. Para guru melalui karpet merah menuju ke Dewan Terbuka sebagai tanda mereka adalah orang penting pada hari tersebut. Majlis diteruskan dengan ucapan pengetua, ucapan perutusan, nyanyian lagu guru dan pemotongan kek. Bagi memeriahkan lagi majlis, persembahan daripada para pelajar dan para guru seperti sketsa, nyanyian dan tarian telah mewarnai lagi majlis pada hari tersebut.

Setelah majlis selesai, jamuan untuk para guru telah diadakan kemudian para guru diwajibkan untuk menyertai acara permainan seperti sukaneka dan explorace.

Kesimpulannya, sambutan hari guru peringkat sekolah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua guru kelihatan gembira dengan majlis yang dianjurkan.Diharapkan supaya para guru SMK Cochrane dapat menjalankan tanggungjawab mendidik dan mengajar secara lebih berkesan. Selamat hari guru!!!

Selasa, Mei 4

On Selasa, Mei 04, 2010 by Faiz Takeda in    No comments
Pada 20 April 2o1o bersamaan dengan hari Selasa, pasukan bahas sekolah kita telah menghantar wakil untuk bertanding dalam Pertandingan Perbahasan Ala -parlimen peringkat Zon Pudu. Sekolah kita telah bertanding dengan SMK Convent Peel dan melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Pasukan bahas sekolah kita adalah di pihak pembangkang dan pasukan bahas SMK Convent Peel di pihak kerajaan. Usul yang diutarakan ialah "Pemberian Insentif Meningkatkan Mutu Sukan Negara".

Rabu, April 21

On Rabu, April 21, 2010 by Faiz Takeda   No comments
Pada 21 April 2010 bersamaan pada hari Rabu, wakil dari Persatuan Bahasa Melayu iaitu saudara Muhammad Hafifi dan saudari Tan Lai Joo telah berkongsi idea dengan para pelajar tentang "Hemah Tinggi, Tunjang Budaya" sempena dengan program MBM dan MBI yang telah dilancarkan pada migggu sebelumnya.

Pada hari tersebut, wakil Persatuan Bahasa Melayu memberikan syarahan yang bertajuk
"Hemah Tinggi, Tunjang Budaya" untuk memberi pendedahan tentang budaya remaja zaman sekarang.

Diharapkan program ini dapat memberi serba sedikit ilmu kepada para pelajar untuk mempertabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Rabu, Mac 31

On Rabu, Mac 31, 2010 by Faiz Takeda in    1 comment

Sempena dengan minggu Program Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, pameran pendidikan diadakan di dewan terbuka pada 31 March 2010, bermula seawal pukul 9.15 pagi.


Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang bahaya, punca dan langkah pencegahan yang disebabkan oleh dadah. Pameran ini tidak hanya mendedahkan tentang dadah, tetapi juga memberi maklumat kepada para pelajar tentang cara atau gaya hidup yang sihat seperti contoh cara menangani stres dan rokok, pemakanan yang sihat dan bagaimana mencegah HIV/AIDS.

Sehubungan itu, diharapkan para pelajar akan mendapat sedikit maklumat tentang bahaya dadah dan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. Cochraneans sihat sepanjang hayat.

Selasa, Mac 30

On Selasa, Mac 30, 2010 by aiman x kesa in    No comments
Tanggal 29 mac, sekolah telah selamat melancarkan minggu PPDa.
Majlis perasmian tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Rosinah binti Hamidun.
Pada awal majlis ini, saudara Yee Yin Chin telah mengetuai bacaan ikrar PPDa
yang mengandungi amanat memerangi dadah yang merupakan musuh no.1 negara kita.

Ucapan bersempena pelancaran minggu PPDa ini telah disampaikan
oleh Pn Helawati.Pelbagai nasihat telah disampaikan oleh Pn Helawati untuk
para pelajar yang disayanginya. Antaranya termasuklah mendeklarasikan perang
terhadap dadah. Selain itu, peringatan tentang kesan juga telah diutarakan oleh Pn. Helawati.
Sungguh menakutkan apabila kesan buruk najis dadah terpaksa bak pepatah 'kerana nila setitik
rosak susu sebelanga'. Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi semata-mata untuk
program-program di pusat serenti.

Antara cara yang disyorkan oleh Pn helawati dalam ucapannya ialah mantapkan didikan agama
daripada peringkat rumah lagi. Dengan didikan agama, seseorang akan ada nilai moral dan
kesedaran yang diperlukan seseorang demi membezakan baik buruk najis dadah. Seterusnya,
institusi keluarga yang kukuh akan mencegah kelahiran penagih sampah masyarakat.
Dalam usaha sekolah kita untuk menyedarkan pelajarnya mengenai kebahayaan dan kecelakaan
najis dadah, lorong PPDa telah diwujudkan bagi memberi maklumat dan gambaran am mengenai
kebahayaan dadah. Guru-guru juga sentiasa diingatkan untuk menyelitkan peringatan tentang
najis dadah dalam PnP masing-masing. Sekolah kita juga berusaha sedaya upaya untuk
menyediakan iklim sekolah yang kondusif untuk PnP berjalan dengan lancar.

Pn Shamshiah merasmikan minggu PPDa dengan turunnya banner PPDa. Pn Helawati
memberi cenderamata kepada Pn Shamshiah selepas upacara perasmian. Walaupun begitu, sekolah
telah menerima berita sedih apabila VIP yang dijemput hadir telah mengalami kemalangan
kereta yang tidak diduga.

Ahad, Mac 28

On Ahad, Mac 28, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in    No comments
Pada 27 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu, SMK Cochrane telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang di Dewan Terbuka sekolah.Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai para pelajar yang telah berjasa kepada pihak sekolah dalam bidang akademik.

Pada jam 7.45 pagi, sesi pendaftaran telah dibuka kepada para penerima anugerah. Seterusnya pada jam 8.30 pagi, tetamu kehormat iaitu Y.Bhg Pn Rohanah Binti Baharom telah tiba dengan diiringi Puan Pengetua, Pn. Shamshiah Bt. Ahmad dan pentadbir sekolah. Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Abdul Rauf.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMK Cochrane, Pn Shamshiah Binti Ahmad. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn Rohanah Bt Baharom.

Kini tibalah acara kemuncak dengan acara penyampaian hadiah oleh Pengetua SMK Cocharane kepada para pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Majlis diselitkan dengan persembahan daripada para pelajar SMK Cochrane iaitu persembahan tarian dan koir.
Majlis disambung dengan penyampaian anugerah daripada Pn Rohanah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah.

Isnin, Mac 22

On Isnin, Mac 22, 2010 by Keith Chong in    No comments
Sila klik untuk membesarkan jadual ini.
On Isnin, Mac 22, 2010 by Keith Chong in    No comments
Sila klik untuk besarkan jadual ini.

Ahad, Mac 7

On Ahad, Mac 07, 2010 by eye-zurt in    No comments
5-6 Mac 2010 - Kem Kepimpinan & Motivasi Diri Pengawas Pusat Sumber 2010 yang bertemakan "PSS Berwibawa Pemangkin Keutuhan dan Kecemerlangan Sekolah" merupakan anjuran bersama antara Pihak Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama UBK dan PIBG SMK Cochrane Kuala Lumpur.Perkhemahan ini berlangsung di Taman Rimba Komanwell, Rawang Selangor selama dua hari satu malam.



Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pengawas pusat sumber menjalani latihan kepimpinan pelbagai kemahiran pengurusan sumber melalui modul dan LDK dan pengalaman ekspidisi Jelajah Denai Alam dan aktiviti ikhtiar hidup. Selain itu,kem ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dari dalam pelbagai aktiviti akademik dan ko-kurikulum.


Kem ini juga memberi kesedaran kepada PSS bahawa mereka berpotensi menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang serta menjadi "role model" kepada pelajar lain seraya dapat menyemai rasa tanggungjawab dan rasa sayang terhadap sekolah. Antara tujuan lain perkhemahan ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan memantapkan kecergasan mental yang proaktif serta lasak fizikal, dan pengurusan emosi yang mampan dalam kalangan peserta selain dapat mencambah dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Sabtu, Mac 6

On Sabtu, Mac 06, 2010 by Ahmad Thawrique in    No comments
5 Mac 2010 - Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan khas bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, Seorang rasul yang telah banyak berkorban, berjasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Beliau telah menyebarkan ajaran Islam dan membebaskan sekalian manusia daripada cengkamnan zaman Jahiliyah.

Majlis dimulakan dengan perarakan pelajar- pelajar Islam yang bermula di gelanggang bola keranjang, bergerak mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagi pelajar moral pula, sebahagian pelajar telah digerakkan ke bilik muzik dan dewan terbuka untuk mendengar ceramah motivasi.

Pelajar Islam pula dikhususkan berada di perpustakaan untuk mendengar mengenai sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Sharif bin Saad kepada pelajar Tingkatan 3 dan 4. Ustaz Abdul Rauf untuk pelajar Tingkatan 5. Beliau telah sedikit sebanyak menceritakan tentang detik kelahiran Nabi Muhammad SAW sehingga Nabi Muhammad SAW sehingga meningkat dewasa. Majlis berakhir jam 12.15 tengah hari.



Jumaat, Mac 5

On Jumaat, Mac 05, 2010 by Keith Chong in    No comments

4 Mac 2010 - Sebaik sahaja loceng kebakaran dibunyikan kira-kira jam 10.55 pagi, seluruh warga Cochrane bergegas beratur ke padang sekolah mengikut laluan keselamatan yang telah ditetapkan. Para pelajar kemudian beratur mengikut kelas masing-masing untuk dicatat kehadiran oleh guru tingkatan.

Para pelajar kemudianya bergerak ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat daripada pihak Bomba cawangan Pudu. Seterusnya demostrasi memadamkan kebakaran yang berpunca dan melibatkan kebocoran gas telah dijalankan oleh pihak Bomba yang bertugas dan beberapa orang pelajar dan guru telah diberi peluang untuk memadamkan api.

Kira-kira jam 12.10 tengah hari, para pelajar telah digerakkan untuk naik ke kelas dalam keadaan teratur setelah sesi ceramah dan demostrasi telah tamat dengan jayanya.


Khamis, Mac 4

On Khamis, Mac 04, 2010 by Chen Mun in    No comments
Pada hari Rabu lepas, 3 March 2010, hari sukan SMK Cochrane telah berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras. Hari yang mulia ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran perserta. Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat, diikuti dengan bacaan doa, ucapan pengetua, dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Seterusnya Bendera Kejohanan dinaikkan dan disusuli bacaan ikrar yang di ketuai oleh Saudara Naim dari Rumah Biru.


Acara di meriahkan lagi dengan persembahan daripada pasukan pancaragam sekolah serta pasukan sorakan SMK Cochrane. Upacara penyampaian Hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingkan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh B. Yusup.

Acara-acara yang berlangsung ialah acara larian 100M, 400M, 4 X 100M antara sekolah serta 4 X 100M. Tepukan yang gemuruh serta sorakan yang kuat telah diberikan oleh penonton untuk rumah sukan serta pasukan sekolah. Pasukan kecemasan juga bertungkus-lumus untuk menolong para atlet yang cedera.

Pasukan yang memenangi Johan ialah Rumah Merah manakala Rumah Biru mendapat tempat kedua diikuti oleh Rumah Kuning Dan Rumah Hijau. Bagi kategori perbarisan lintas hormat, naib johan ialah Pasukan Pengakap dan pemenangnya ialah Pasukan St.John Ambulans Malaysia kerana jelas ternampak usaha dan kesungguhan kedua-dua pasukan ini untuk berkawad.

Hari Sukan di akhiri dengan penurunan Bendera Kejohanan, Nyayian lagu NegaraKu serta sorakan dan tepukan Cochraneans (tepuk Cochraneans).

Objektif temasya sukan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam akademik serta kokurikulum untuk memenuhi hasrat wawasan negara.


Selasa, Mac 2

On Selasa, Mac 02, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in    No comments
Seramai beberapa orang guru dan pelajar dari beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan perkongsian ilmu antara guru dan pelajar di SMK Cochrane. Terdapat empat buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Seri Permaisuri, SMK Bandar Baru Sentul, SMK (P) Jalan Ipoh dan SMK Tinggi Setapak.



Mereka tiba pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Penolong Kanan 1, En. Samsudin dan para guru PPU. Lawatan mereka ke sekolah ini bertujuan untuk meninjau pentadbiran PPU di sekolah ini.

Diharapkan lawatan mereka ke sekolah ini akan memberikan manfaat kepada pihak sekolah dan pihak mereka.

Khamis, Februari 25

On Khamis, Februari 25, 2010 by sIti haJar Azman in    No comments
25 Februari 2010,tepat jam 12.00 tengah hari, di Foyer Kantin telah diumumkan keputusan STPM 2009. Bekas pelajar PPU SMK Cochrane telah hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan mereka.


Para guru PPU dan Pengetua cemerlang SMK Cochrane turut berada di foyer kantin sekitar pengumuman tersebut. Akhirnya, SMK Cochrane telah berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dengan seramai 5 orang pelajar telah berjaya memperolehi " 4 flat" dalam keputusan STPM kali ini.

Berikut merupakan senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan STPM 2009. Tahniah diucapkan kepada mereka.Diharapkan dengan keputusan ini dapat memberi dorongan kepada pelajar PPU untuk berjaya pada STPM 2010.


1) Won Wai Lim
2) Liew Shaer Nee
3) Philip Chua
4) Cheong Jia Wen
5) Azreen Bt Abd Latif




Rabu, Februari 24

On Rabu, Februari 24, 2010 by Faiz Takeda in    No comments
Latihan Kawad Persediaan Hari Sukan Sekolah diadakan di dataran SMK Cochrane pada pukul 7.50 pagi, 24 Februari 2010. Pasukan Unit Beruniform yang terlibat ialah St. John, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Puteri Islam, Pancaragagam Sekolah dan Kadet Laut. Rumah Sukan juga terlibat dalam raptai tersebut. Taklimat diberikan kepada peserta yang terlibat oleh guru yang bertugas.

Para peserta memberikan komitmen yang sangat bagus dalam raptai tersebut. Apa yang membimbangkan ialah ada peserta yang cedera ringan semasa raptai tersebut dijalankan. Diharapkan para peserta yang terlibat memberikan yang terbaik dalam apa jua acara. Semoga semangat Cochraneans terus mekar di dalam diri para pelajar agar dapat memberikan sumbangan yang baik untuk diri, masyarakat dan negara. Hip Hip! Horay!..

Selasa, Februari 23

On Selasa, Februari 23, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in    No comments
Pada tanggal 22 Februari 2010, majlis perasmian kempen anti-buli telah diadakan di Dataran Perhimpunan SMK Cochrane pada perhimpunan rasmi SMK Cochrane. Majlis yang dikendalikan Diana dari kelas 5 Rajin diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengerusi Kelab Setia .



Kempen ini diadakan bertujuan untuk membanteras gejala buli yang yang meruncing dalam kalangan pelajar SMK Cochrane. Majlis seterusnya diakhiri dengan persembahan sketsa daripada pelajar-pelajar tingkatan empat.

Selasa, Februari 16

On Selasa, Februari 16, 2010 by Faiz Takeda in    No comments
COCHRANE, 25 JANUARI 2010 – Penglibatan pelajar dalam Badan Berkhidmat Sekolah adalah amat dihargai. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan majlis pelantikan ahli-ahli Badan Berkhidmat Sekolah. Badan-Badan Berkhidmat Sekolah yang terlibat dalam majlis pelantikan ini termasuklah Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Sidang Redaksi, Briged Bestari, Quarter Master , Skim Pinjaman Buku Teks, Skuad Kebersihan Dan Kesihatan dan Skuad Kantin.

Para pelajar yang terlibat dalam majlis pelantikan tersebut telah berbaris di tapak perhimpunan pada pukul 7.25 pagi. Majlis diacarakan oleh En. Bahra

Setelah bacaan doa telah selesai, majlis menjemput pengetua cemerlang SMK Cochrane, Puan Shamshiah bt. Ahmad A.M.W. bagi merasmikan acara pelantikan serta menyematkan lencana dan tag jawatan –jawatan berkenaan kepada pelajar-pelajar yang menyumbang kepada sekolah sebagai Badan Berkhidmat Sekolah.

Kemudian, lafaz ikrar telah diketuai oleh saudara Liew Wei Keong dan diikuti oleh semua palajar yang baru dilantik supaya berikrar akan melaksanakan tugas dan kewajipan yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan adil.

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Shamshiah untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang baru dilantik serta menyeru mereka supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga memberikan nasihat bahawa seorang pemimpin yang baik bukan sahaja untuk rakan –rakan dan diri sendiri malah untuk menjana sekolah yang cemerlang.

Majlis diakhiri dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu sekolah.

Rabu, Februari 3

On Rabu, Februari 03, 2010 by nurelinamaisarah in    No comments
Pada minggu ini, wakil SLAD iaitu Siti Nur Amira dan juga Noor Azila dari tingkatan 5 telah menyampaikan informasi mengenai dadah serta mengenai perbezaan antara ubat dan dadah pada perhimpunan pagi kepada warga SMK Cochrane.

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yangb mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang daripada segi jasmani, rohani serta tingkah laku

Selasa, Februari 2

On Selasa, Februari 02, 2010 by Muhammad Syahir B. Mansor in    No comments
Pada 1 Februari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Cochrane, telah berlangsungnya Majlis Amanat Yayasan Pendidikan Titiwangsa oleh Datuk Hj Astaman B. Abd Aziz. Semua pelajar tingkatan 3, 5 dan PPU (Upper) telah berkumpul di Dewan Terbuka selepas waktu rehat kedua. Yang Berhormat Datuk Astaman tiba di perkarangan dewan terbuka diiringi oleh Pn. Shamshiah Bt. Ahmad tepat pada jam 10.30 pagi. Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh setelah Pn. Kassnina mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Astaman di Dewan Terbuka.



Majlis tersebut dikendalikan oleh Pn. Kassnina Bt. Ghazali. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sharif. Kemudian, Pn. Shamsiah telah memberikan ucapan alu-aluan sebagai pembuka majlis disertai dengan tepukan "Cochraneans" sebanyak 2 kali.Dalam ucapan beliau, beliau telah memberikan sedikit maklumat mengenai pencapaian mengenai kecemerlangan akademik SMK Cochrane pada tahun 2009.

Majlis mencapai ke kemuncaknya apabila Datuk Astaman memberikan amanatnya kepada para pelajar.Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan betapa pentingnya kejayaan seseorang pelajar dalam menjamin masa hadapan mereka.Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Kemudian, Pn Shamshiah telah diiringi Pn Kang Kooi Li memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk Astaman sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama warga Cochrane.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Rabu, Januari 27

On Rabu, Januari 27, 2010 by TYCOON in    No comments
Pada minggu ini ahli-ahli SLAD iaitu Siti Maisarah dan Shariatie dari tingkatan 5 Harapan telah menyampaikan maklumat mengenai jenis-jenis dadah pada perhimpunan pagi kepada warga SMK Cochrane.

Tujuan maklumat ini disebarkan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai kepelbagaian dadah yang ada di dunia ini agar semua pelajar mengenali dadah dengan lebih dekat.


Berikut maklumat yang telah disebarkan kepada warga Cochranean:

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:




OPIAT - Bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan mempunyai
potensi yang tinggi.
- Heroin, morfin, candu, & kodein.




KANABIS - Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus canabis
- Ganja, hashish.




DEPRESEN - Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat
- Sedatif-hipnotik, jenis barbiturat, dan bukan barbiturat serta transquilizer



STIMULAN - Phetamin kokain ( daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain)
- Jenis amfetamin dan kokian.



HALUSINOGEN - Lysergic acid diethylamine (LSD), meskalin.



Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Disediakan oleh,

Siti Maisarah, Shariatie
Ahli SLAD SMK Cochrane

Jumaat, Januari 22

On Jumaat, Januari 22, 2010 by Faiz Takeda in    No comments
Pada 18 Januari 2010 di dataran SMK Cochrane, berlangsungnya Kempen Sifar Ponteng dengan tema 'Jom ke Sekolah' pada tahun keramat 2010 ini. Objektif pelaksanaan kempen ini ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.

Didapati kadar ponteng sekolah para pelajar di seluruh Malaysia semakin meningkat. Kebanyakkan pelajar yang ponteng sekolah didapati melibatkan diri dalam pebagai gejala negatif seperti penyalahangunaan dadah, vandalism, gangsterism, melepak dan sebagainya.

Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan semua gru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali gus menaikkan reputasi SMK Cochrane.




Majlis ini dirasmikan oleh saudara Muhammad Mustakim dari Badan Beruniform Kadet Polis dengan memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Kempen Sifar Ponteng 2010 dengan memukul gong sebanyak tiga kali sebagai tanda perasmian. Selepas itu, saudara Mohammad Haziq telah menerima banting daripada saudara Muhammad Mustakim sebagai tanda sokongan warga Cochraneans terhadap Kempen Sifar Ponteng 2010.

Antara aktiviti yang telah dirangkakan bagi merancakkan dan menyeramakkan lagi kempen ini ialah:
  • Penganugerahan piala pusingan setiap bulan kepada kelas yang mencapai sifar ponteng
  • Penganugerahan sijil sifar ponteng bagi kelas-kelas yang mencapai objektif kempen
  • Pemberian hadiah pada akhir tahun kepada semua kelas yang berjaya mengekalkan rekod sifar ponteng
  • Pertandingan sisipan menulis karangan dalam Panitia BM tentang gejala ponteng sekolah

Persembahan sketsa yang menarik daripada kerjasama Lembaga Pengawas dan Persatuan Bahasa Melayu menjadi penutup bagi pelancaran Kempen Sifar Ponteng 2010. Diharapkan kempen ini dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar SMK Cochrane. Maju Cochraneans!

Ahad, Januari 17

On Ahad, Januari 17, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    4 comments
2004

20 Ogos 2004 merupakan tarikh bersejarah buat warga Cochrane kerana hari tersebut ialah hari terakhir berada di SMK Jalan Cochrane yang diduduki semenjak 1957. Proses pemindahan ke bangguna sekolah yang baru di Jalan Shahbandar Off Jalan Cochrane mencapai kemuncaknya.


Sebelum warga Cochrane berarak meninggalkan baggunan lama, satu perhimpunan khas diadakan di gelanggang tenis bagi memberi penghormatan terakhir pada SMK Jalan Cochrane.

Bendera sekolah diturunkan seiring dengan nyanyian lagu sekolah. Perarakan warga Cochrane ke sekolah baru diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah sambil membawa pelbagai sepanduk bagi  melahirkan kesedihan meninggalkan sekolah yang telah mencatat pelbagai kenangan.

Sementara itu, pada masa yang sama bertempat di banggunan baru SMK Cochrane, majlis penanaman pokok telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau merupakan salah seorang berkas YDP PIBG SMK Jalan Cochrane.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh PIBG SMK Cochrane dengan kerjasama Kelab Lion Kuala Lumpur diadakan dengan hasrat untuk menanam sikap menghargai dan mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Tanggal 18 September 2004, warga SMK Cochrane dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan majlis Keraian dan Kesyukuran dengan tujuan mempromosi dan menyatakan kesyukuran warga Cochrane menerima banggunan baru di tapak yang baru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Astaman b. Abd. Aziz, Ahli Parlimen Titiwangsa. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Tan Sri Aishah Ghani. Pada kesempatan ini, warga Cochrane tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir.

2005

Banggunan baru telah mencatatkan satu legi sejarah yang tersendiri apabila Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishamuddin b. Tun Hussein pada 4 Februari 2005.

Kesempatan ini telah beliau manfaatkan dan mencatat sejarah manis warga Cochrane apabila beliau dan tetamu yang lain sudi meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat setiap kemudahan di banggunan sekolah ini yang setinggi lapan tingkat.

Sesungguhnya SMK Cochrane sangat bertuah kerana telah dirasmikan oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang cemerlang dalam membangunkan taraf pendidikan di Malaysia.

Tanggal 10 Mac 2005, warga Cochrane menerima kunjungan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah dari Indonesia dan membuktikan bahawa sekolah ini semakin dikenali dari dalam dan luar negara.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk memahami sistem pendidikan dan struktur persekolahan di Malaysia. Rombongan tersebut juga telah dibawa melawat kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di SMK Cochrane.

Tanggal 13 Mei 2005, warga Cochrane menerima kunjungan daripada kumpulan pentadbir SM (P) Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fizikal SMK Cochrane yang dibina setinggi lapan tingkat.

SMK Cochrane turut menerima kunjungan tetamu dari utara tanah air iaitu kumpulan pentadbir dan guru-guru SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.

Pada 2 Julai 2005 pula, SMK Cochrane telah menerima rombongan pelajar dari Thailand menerusi Program Pertukaran Pelajar. Pelajar-pelajar SMK Cochrane berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan kumpulan pelajar-pelajar tersebut.

Kumpulan pelajar-pelajar ini telah berpeluang menyaksikan persembahan oleh Pasukan Pancaragam sekolah dan pertunjukan kawad kaki oleh pasukan unit beruniform.

Sabtu, Januari 16

On Sabtu, Januari 16, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
1978

Lim Eng Thye yang mewakili SMK Jalan Cochrane muncul sebagai johan dalam pertandingan Kuiz Ilmu Hisab dan sains. Acara Walkalthon kali ke-3 telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 17,000.


Pasukan Pengakap kini memperoleh 'Teratak' mereka sendiri dengan kos pembinaan sebayak RM 4000.

1979

Pada tahun ini, SMK Jalan Cochrane dipagari oleh tembok besar dengan kos pembinaan lebih RM 13,000. Badan Penolong Sukan telah dibentuk tahun ini untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti sukan. Sebuah Badan Kebajikan murid juga telah ditubuhkan.

Dalam sukan Gimnastik, Chin Chow Shin telah muncul sebagai ahli Gimnastik terbaik untuk murid-murid sekolah di seluruh negara. Ng Heng Wan pula telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Renang Usia SEA.

Setelah 5 tahun bersama-sama SMK Jalan Cochrane, En. Seow Bin Hak bersara. En. Ajmer Singh menjadi Pengetua ke lapan dari penggal pertama 1980.

1981

Temasya Walkalthon yang ke-4 diadakan. Kali ini SMK Jalan Cochrane dapat mengumpul sejumlah RM 72,000.

Bintang Gimnastik Yong Wei Ming dipilih sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan Gimnastik yang pertama sekolah-sekolah ASEAN. Hee Kok Leong telah mewakili Malaysia dalam 'World FreeStyle Dancing Competition' di London dan berjaya mendapat tempat ke-6.

SMK Jalan Cochrane telah muncul dalam pertandingan hoki pasukan bawah 18 tahun antara sekolah-sekolah peringkat Wilayah Persekutuan, sementara pasukan bawah 15 tahun berjaya mendapat naib johan.

Pasukan Catur sekolah juga berjaya menggondol kejohanan peringkat negeri. SMK Jalan Cochrane menjadi tuan rumah Expo Pendidikan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.

1982

SMK Jalan Cochrane telah berusia 25 tahun. Dalam tahun yang bersejarah ini satu kesedaran baru timbul di kalangan pelajar. Berbekalkan azam dan kerjasama yang tinggi antara pelajar, sebuah penyejuk air berjaya dibeli hasil pengumpulan wang oleh semua pelajar.

Sebuah penyejuk air lagi dihadiahkan oleh pihak PIBG. Sebuah banggunan surau untuk kegunaan guru-guru , kakitangan dan pelajar Islam telah dibina dengan kos RM 15,000.

Dalam bidang sukan, prestasi SMK Jalan Cochrane amat membanggakan. Pasukan-pasukan sekolah telah menjadi Johan dalam acara Gimnastik  dan Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 Tahun peringkat Wilayah Persekutuan.

Isnin, Januari 11

On Isnin, Januari 11, 2010 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments

On Isnin, Januari 11, 2010 by Webmaster SMK Cochrane in    No comments







Ahad, Januari 3

On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk bahagian pencapaian dan anugerah SMK Cochrane.

On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk maklumat kokurikulum-Badan beruniform,kelab,persatuan
On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
Ini adalah entri untuk maklumat kurikulum
On Ahad, Januari 03, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
1963

Jumlah penuntut mencapai 1060 orang memenuhi 25 bilik darjah. Terdapat 36 orang guru termasuk seorang sukarelawan 'Peace Corps' Amerika. Bangunan baru juga bertambah. Bangunan pentadbiran setingkat, sebuah dewan, tempat letak basikal, dua buah makmal sains dan bilik seni perusahaan.



 
2 makmal 





Pejabat Pentadbiran






Staf 1963



Temasya sukan yang pertama diadakan di padang Sekolah St Gabriel kerana sekolah masih tidak mempunyai padang permainan. Sekolah Menengah Jalan Cochrane menunjukkan kehandalan dalam bidang sukan apabila berjaya merebut gelaran johan ragbi peringkat negeri di bawah umur 15tahun manakala pasukan bola sepak pula berjaya mendapat tempat ketiga.



Pasukan Ragbi Bawah 15 Tahun



1 September 1965 merupakan detik yang bersejarah bagi sekolah ini apabila dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Datuk Harun Haji Idris. Peristiwa bersejarah itu juga dirayakan dengan mengadakan Hari Ucapan yang pertama dan diikuti oleh pameran yang dibuka kepada orang ramai selama tiga hari. Sekolah ini mencapai puncak perkembangannya dengan tertubuhnya Tingkatan Enam.


Menteri Besar dan isteri menandatangani buku pelawat


Menteri Besar memberikan ucapan




Pengetua, En. Lim Eng Thye meyampaikan ucapan mengenai sejarah sekolah sewaktu upacara rasmi Pembukaan SMK Jalan Cochrane




Jumaat, Januari 1

On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in    No comments
On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in

Mewujudkan persekitaran sekolah yang sempurna dan kondusif demi kecemerlangan pendidikan berasaskan pembentukan sahsiah dan budaya cemerlang


On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in
On Jumaat, Januari 01, 2010 by Mohammad Yassir Hamidun in